Tanda Anda Dilamun Cinta Berahi

Mengetahui anda sedang dilamun cinta adalah berbeza untuk setiap individu. Ada yang sering dilamun cinta dan boleh mengenalpasti perasaan itu dengan mudah, dan ada yang mungkin tidak begitu pasti sama ada ia adalah cinta atau hanya perasaan suka yang mendalam.

Nasib baik, badan anda ada cara licik untuk memaklumkan sama ada perasaan kepada pasangan anda lebih dari sekadar sebuah fasa. Berwaspada dengan tanda-tanda ini apabila anda tertanya-tanya sama ada anda benar-benar sedang dilamun cinta.

Anda tidak boleh berhenti merenung mereka.
Jika pasangan anda pernah ternampak anda merenung mereka dengan penuh kasih sayang, ia boleh menjadi sebuah tanda bahawa anda sudah jatuh; jatuh cinta. Renungan mata bermaksud anda sedang fokus pada sesuatu, jadi jika anda mendapati mata anda tertumpu pada pasangan anda, mungkin anda sedang dilamun cinta.
Kajian juga mendapati bahawa pasangan yang sentiasa bertentangan mata menyatakan bahawa mereka merasakan hubungan romantik yang lebih kuat berbanding mereka yang tidak bertentangan mata.

Anda rasa seperti anda berada di awang-awangan.
Ia benar-benar normal untuk rasa sedikit tidak waras apabila dilamun cinta dengan seseorang.
Sebuah kajian daripada Institut Kinsley menemui bahawa otak seseorang yang sedang dilamun cinta kelihatan sama seperti otak seseorang yang telah mengambil dadah kokain. Anda boleh berterima kasih kepada hormon dopamine, yang telah dilepaskan dalam kedua-dua situasi, untuk menghasilkan perasaan itu.
Ia adalah penjelasan yang bagus untuk menjelaskan mengapa seseorang individu boleh bertindak agak tidak masuk akal.

Anda sentiasa berfikir tentang mereka.
Jika anda mencintai seseorang, anda mungkin rasa seperti anda tidak boleh berhenti dari berfikir tentang mereka. Itu adalah kerana otak anda mengeluarkan hormon phenylethylamine, yang juga dikenali sebagai “dadah cinta” apabila anda jatuh cinta dengan seseorang. Hormon ini menghasilkan perasaan suka pada pasangan anda.
Anda mungkin biasa dengan perasaan ini kerana phenylethylamine yang juga ditemui dalam coklat, yang menjelaskan mengapa anda tidak boleh berhenti memakannya selepas gigitan pertama.

Anda mahu mereka gembira.
Cinta ialah sebuah perkongsian yang sama rata, tapi anda akan menemui bahawa kegembiraan sesorang adalah amat penting kepada anda apabila anda jatuh cinta pada mereka.
Menurut sebuah kajian, “Cinta kasih sayang” boleh menjadi salah satu petanda biasa dalam sebuah hubungan yang sihat. Ini bermakna bahawa anda rela untuk melakukan apa saja untuk menjadikan hidup pasangan anda lebih mudah dan lebih gembira.
Jika anda temui diri anda berusaha untuk memastikan pasangan anda tidak basah sewaktu anda sedang berjalan bersama dalam cuaca hujan atau berusaha menyediakan sarapan untuknya pada pagi hari yang sibuk, ia adalah satu petanda yang anda benar-benar telah jatuh cinta.

Kebelakangan ini anda tertekan.
Walaupun cinta kebiasaannya dikaitkan dengan perasaan yang hangat, ia juga boleh menjadi sumber kepada tekanan. Bercinta sentiasa menyebabkan otak anda mengeluarkan hormon tekanan korticol, yang boleh menyebabkan anda merasa hangat.

Anda tidak merasakan rasa sakit dengan sepenuhnya.
Jatuh cinta pada seseorang mungkin menyakitkan, tetapi jika anda perasan bahawa tindakan jatuh secara harfiah itu tidak mengganggu anda, ia mungkin tanda anda sedang dilamun cinta.
Sebuah kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Universiti Stanford telah mengarahkan para peserta merenung gambar seseorang yang mereka cintai dan hasilnya ialah tindakan itu sahaja boleh mengurangkan rasa sakit yang minima sebanyak 40% dan mengurangkan rasa sakit yang parah sebanyak 15%.
Jadi, kalau anda berhasrat untuk pergi mendapatkan tatu, anda mungkin mahu simpan gambar kesayangan anda di dalam poket anda. Hanya sebagai langkah berjaga.

Anda mencuba perkara baru.
Semua orang mahu mengagumkan pasangan mereka sewaktu temujanji, tetapi jika anda menemui diri anda mencuba perkara-perkara baru yang pasangan anda sukai secara konsisten, anda mungkin telah digigit oleh serangga cinta.
Bukan itu saja, sebuah kajian telah menemui bahawa mereka yang berpengalaman dengan perasaan dilamun cinta, ia diakui bahawa mereka sering mempunyai minat dan ciri-ciri personaliti yang pelbagai selepas menjalani hubungan mereka. Jadi sekalipun jika anda bencikan kelas tarian yang anda pergi bersama pasangan anda, ia mungkin akan memberikan kesan positif pada personaliti anda.

Kadar jantung anda selari dengan mereka.
Jantung anda mungkin berdegup lebih pantas apabila anda sedang berfikir tentang kesayangan anda, tetapi sebuah kajian menunjukkan bahawa jantung anda mungkin berdegup secara selari bersama pasangan anda. Kajian yang telah dijalankan oleh Universiti California, Davis, mencadangkan bahawa jantung para pasangan mula berdegup pada kadar yang sama apabila mereka jatuh cinta.
Walaupun anda mungkin tidak tahu apabila perkara ini berlaku terutamanya tanpa penggunaan stetoskop, merasai sebuah hubungan yang mendalam dengan pasangan anda ialah tanda yang sebagus tanda lain yang menunjukkan anda sedang dilamun cinta.

Anda boleh menerima segala perkara-perkara yang menggelikan.
Jika anda amat dikenali sebagai seorang yang fobia dengan kuman dan masih tenang saja bercumbuan dengan pasangan anda selepas menyaksikan mereka mengorek hidung, anda mungkin dilamun cinta. Sebenarnya, sebuah kajian dilakukan di Groningen Universiti di Netherlands telah menemui bahawa perasaan berahi seksual boleh mengatasi perasaan jijik.
Jadi itu bermakna jika anda benar-benar tertarik pada pasangan anda, anda mungkin akan biarkan saja mereka melakukannya berulang kali. Itulah cinta, sayang.

Anda mudah berpeluh.
Jika anda rasa loya dan sentiasa berpeluh, anda sama ada keracunan makanan atau sedang dilamun cinta. Kajian mengatakan bahawa jatuh cinta boleh menyebabkan anda rasa tidak sihat dan menunjukkan simptom-simptom fizikal yang menyerupai rasa cemas atau tertekan, seperti berpeluh.
Walaupun perasaan ini akan berlalu pergi apabila anda semakin selesa dengan pasangan anda, ia mungkin sebuah idea yang bagus untuk bawa sehelai sapu tangan bersama anda.

Anda sukakan ciri-ciri unik mereka.
Kalau anda benar-benar mengenali seseorang, terdapat kemungkinan dimana anda akan dapat melihat perkara-perkara kecil tentang mereka yang menjadikan mereka diri mereka yang sebenar. Dan jika anda bercinta dengan mereka, ini ialah mungkin beberapa perkara yang membuatkan anda benar-benar tertarik pada mereka.

Di laman cari jodoh TemanHidupku sendiri, kami mengalu-alukan para pengguna untuk berkongsi ciri-ciri menarik tentang diri mereka. Bahkan mereka juga boleh muatnaik gambar-gambar aktiviti mereka bagi memperlihatkan karakter mereka di mata para pelawat laman profile mereka.

Kajian menemui bahawa, lebih dari ciri-ciri fizikal seseorang individu, ciri-ciri unik ini boleh membuatkan seseorang jatuh cinta dengan lebih mendalam kerana setiap orang mempunyai pilihan yang unik. Jadi walaupun anda mungkin telah menilai pasangan anda dengan agak kasar pada pandangan pertama, jika tiba-tiba anda berasa kagum dengan keunikan mereka, anda mungkin sedang dilamun cinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *