Mengenal Calon Teman Hidup Sombong

Calon Cari Jodoh Sombong

Bagaimana anda boleh ketahui calon teman hidup anda ini adalah seorang manusia yang sombong?

teman hidup sombong

Terjebak dengan seseorang yang sombong adalah perkara yang tidak diingini oleh semua orang. Pada awalnya, ianya mungkin tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri anda, namun lambat laun ia akan memberikan impak yang negatif pada diri anda pada masa akan datang.

Lelaki dan perempuan yang sombong ni berpotensi ke arah perkahwinan yang semata-mata hanya untuk nama dan darjat. Mereka juga mungkin terasing dalam kalangan orang yang tidak mengambil kira nama dan darjat seseorang, percintaan tanpa cinta yang ikhlas, mereka juga bukanlah orang yang mengharapkan perhatian daripada anda. Anda hanya perlu memenuhi hak keperluan meraka hanya untuk mendapatkan perasaan kagum yang ‘fake’ daripada mereka. Terdapat beberapa petanda bahawa mereka adalah seseorang yang sombong pada temu janji yang pertama.

(1) Bersikap biadap terhadap kakitangan perkhidmatan.
Walau di mana jua anda pergi, anda mesti berhadapan dengan kakitangan perkhidmatan yang bertugas. Sebagai seorang yang sombong dan kaya, mereka pasti akan menunjukkan kekayaan mereka di hadapan kakitangan perkhidmatan dengan berfikiran yang mereka memiliki darjat yang lebih tinggi daripada mereka dengan cara menengking untuk mendapatkan perhatian kakitangan perkhidmatan.
Mereka akan mengamuk jika perkara itu tidak sesuai dengan setiap perkara kecil atau jika pertanyaan mereka tidak dilayan. Mereka berasa bahawa mereka lagi penting daripada orang yang menyediakan makan malam. Mereka juga akan beranggapan bahawa pelayan-pelayan berlaku biadap terhadap mereka walaupun terdapat ramai orang lain yang harus dilayan di restoran itu. Walaupun pelayan-pelayan itu memberikan senyuman, pasti akan dibalas dengan muka yang bengis daripada seseorang yang sombong. Ini jelas menunjukkan si dia mempunyai masalah hati!

(2) Berbangga dengan kejayaan.
Bersekolah di sekolah yang mempunyai reputasi tinggi tidak secara automatik menjadikan seseorang itu sombong tetapi ianya adalah bagaimana sikap mereka pada temu janji yang pertama. Jika pasangan anda mempunyai DNA ini dan bersekolah di sekolah bereputasi tinggi, ianya boleh mendatangkan sifat sombong dan angkuh sepanjang hidup di dalam diri seseorang tu. Mereka ini ialah orang-orang yang menganggap pendidikan dan reputasi sekolah mereka menentukan darjat mereka.
Perkara ini juga berlaku pada seorang atlet yang menjadi ayam tambatan di dalam sesebuah pasukan. Perasaan bangga terhadap diri sendiri ini akan sering diperkatakan apabila mereka berkomunikasi dengan orang lain. Mereka jugak mungkin akan berkata mengenai di mana mereka tinggal, sebesar mana rumah mereka dan berapa harganya.

(3) Anda akan berasa mustahil untuk menang.
Ianya adalah mustahil untuk berkomunikasi atau berkongsi pendapat dengan seseorang yang sombong. Mereka akan terus dan terus bercakap untuk mendapatkan perhatian. Seminit yang anda berikan kepada mereka untuk bercakap mengenai sesuatu akan mereka gunakan untuk tidak mengendahkannya seolah-seolah apa yang anda fikirkan tidak penting. Anda mungkin mencuba untuk berkomunikasi dengan mereka untuk menjadikan temu janji itu sesuatu yang bermakna namun ianya tidak akan berlaku pada mereka.

(4) Jika ‘si dia’ memberikan perhatian kepada anda, ianya akan mejadi temu duga.
Jangkakan anda akan ditemuduga di dalam setiap aspek kehidupan anda. Pertama sekali mereka mahu mengambil tahu setiap perkara yang bernilai tinggi dalam hidup anda. Kemudian mereka mahu tahu di mana anda bekerja dan di mana alamat tempat kerja anda yang ‘bereputasi tinggi’. Mereka juga ingin tahu tentang latar belakang pendidikan anda. Untuk mendapatkan persetujuan si dia, maka sudah pastinya anda akan menjawab universiti yang bereputasi tinggi. Anda pasti dapat menjawab soalan soalan karut yang diajukan namun ianya menunjukkan bahawa mereka tidak memberikan perhatian kepada diri anda yang sebenar.

(5) Mereka akan menunjuk-nunjuk mengenai berapa banyak wang yang mereka miliki.
Jika ‘si dia’ yang sombng itu seorang perempuan maka sudah pastinya mereka akan memberitahu anda bahawa mereka hanya memakai barangan yang berjenama yang sukar untuk dimiliki. Si dia juga pasti mengatakan bahawa mereka merupakan pelanggan tetap jenama itu. Perkara yang sama akan kekal berlaku dengan mengatakan bahawa mereka membeli barangan dapur di pasaraya yang berkelas tinggi. Mengatakan bahawa si dia tinggal di pangsapuri dan tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan yang berkos rendah.

Jika si dia seorang lelaki, maka si dia juga tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan yang berkos rendah. Si dia juga akan bercakap mengenai kelab peribadi yang disertai olehnya. Dia juga pasti akan bercerita mengenai tempat tinggal, pejabat, rekaan dalaman rumahnya yang dibuat khas di atas sekeping kertas. Tidak mustahil juga si dia dengan bangganya akan menggulung lengan bajunya untuk menunjukkan jam yang dipakainya.

Bagi kami sangat berbaloi sekiranya anda dapat membaca tips bagaimana untuk mengetahui bakal pasangan anda punya keserasian dengan diri anda, sebelum anda menjalinkan hubungan dengan si dia lebih lanjut lagi. Pasti anda takkan menyesal di kemudian hari.