Perhubungan adalah dua hala, tetapi seseorang harus memulakannya

“It takes two to manage the relationship, but it takes one to begin the change.” ~Sheri E. Ragland

Jadi, pasangan anda tidak memahami anda. Malah, anda tidak pasti sekalipun sama ada mereka mendengar kata-kata anda. Akhirnya, anda bergaduh tentang perkara yang sama, berulang-ulang kali. Anda telah mencuba pelbagai cara; anda berundur, anda pindah masuk. Anda putuskan hubungan, anda kembali bersama. Anda lakukan segalanya yang anda boleh fikirkan tetapi tiada apa yang berkesan namun anda tetap tidak mahu akhiri hubungan anda.

Anda akhirnya sedar bahawa apa jua anda berdua lakukan, anda akan sentiasa menuju ke arah konflik yang sama, mengulangi tarian yang sama lagi dan lagi dan lagi. Tiada apa yang berubah.

Jadi, anda seronok apabila akhirnya anda tahu apa yang perlu anda lakukan—kaunseling pasangan! Perasaan lega memenuhi anda, anda berasa yakin kerana kaunseling pasangan akan menyelamatkan hubungan anda. Oleh itu, aanda umumkan pada pasangan anda, “Kita perlukan kaunseling pasangan,”.

Tetapi malangnya, seolah-olah seseorang telah menumbuk anda, pasangan anda tidak berminat untuk terlibat dengan kaunseling pasangan dan telah menolak idea anda. Sekarang, anda tahu hubungan anda benar-benar berada di tahap nazak dan anda sudah kehilangan harapan untuk mencari cara untuk membaikinya. Ia adalah suatu pengakhiran untuk anda sekiranya anda tidak mendapat kaunseling yang anda berdua perlukan.

Saya faham perasaan tersebut. Malah, barang-barang saya pernah dikemas dalam kereta saya sekurang-kurangnya sekali, dan saya pasti yang saya akhirnya akan tinggalkan si dia.

Nasib baik ia tidak berlaku.

Pernahkah anda mendengar kata-kata lama, “Saya telah mengahwini ibu saya” atau “Saya telah mengahwini bapa saya”? Terdapat kebenaran dalam penyataan ini. Walaupun kita tidak berupaya untuk mengenalpastinya, kita sentiasa menjalini hubungan dengan seseorang yang menyerupai ibu atau bapa kita.

Dan saya akan beritahu anda mengapa.

Pertama sekali, ia adalah suatu kebiasaan. Kita tertarik kepada apa yang kita tahu. Kedua dan yang paling penting, kita mengahwini seseorang yang menyerupai ibu atau bapa kita dalam suatu usaha secara tidak disedari untuk menyelesaikan konflik dan saki baki perasaan daripada hubungan awal yang penting dan tulen.

Baca ia semula: kita mengahwini seseorang yang menyerupai ibu atau bapa kita dalam suatu usaha secara tidak disedari untuk menyelesaikan konflik dan saki baki perasaan daripada hubungan awal yang penting dan tulen.

Itu banyak untuk dihadam, sudah tentunya.

Jangan memandang rendah impak pengalaman zaman kanak-kanak anda terhadap hidup anda. Jangan sesekali memandangan rendah impak hubungan anda atau ketiadaan hubungan anda, Bersama ibu dan bapa anda terhadap hidup anda. Ketiadaan ibubapa juga boleh membawa impak yang tidak terhingga.

Mereka ialah pantulan dimana anda belajar untuk melihat diri anda sendiri. Jika anda telah melalui pantulan yang positif, menggalakkan dan sokongan, kemungkinannya anda telah membesar dengan keyakinan diri yang menyihatkan. Jika pantulan itu adalah pantulan yang sentiasa menilai, kritikal, tidak menyokong atau tiada minat, jadi mungkin harga diri anda adalah lebih rendah dari tahap menyihatkan.

Fikirkanlah. Kesemua hubungan itu, atau yang tiada, telah menghantarkan kepada anda pelbagai pesanan lahiriah.

Persoalannya: Apakah pesanan yang anda telah terima dan bagaimana ia mempengaruhi hubungan anda yang terkini?

Saya membesar di dalam rumah yang telah didominasi oleh kaum lelaki dan juga agama. Hanya apabila saya menjadi seorang dewasa baru saya menyedari bahawa lelaki adalah lebih penting dari kaum wanita. Tiada siapa pernah maklumkannya pada saya, tetapi begitulah saya telah mentafsirkan persekitaran yang didominasi oleh kaum lelaki yang tidak memberi ruang atau suara kepada wanita.

Hasilnya, saya jarang bersuara, sentiasa tersembunyi. Saya mendapati diri saya berada dalam hubungan yang tidak sihat dan tidak memuaskan di mana saya membenarkan seorang lelaki mendominasi saya. Saya tidak pernah benar-benar muncul sebagai bahagian yang berharga dan penting dalam hubungan saya.

Ini adalah salah satu cara dimana masa lalu kita mengikuti kita ke masa kini, mengajar kita untuk berkembang dan belajar daripada pengajaran zaman kanak-kanak kita. Menggambarkan cara menavigasi dunia emosi kita dan hubungan kita sangat penting untuk proses ini. Oleh itu, hubungan yang kadang-kadang menjengkelkan dengan orang yang anda sayangi boleh menjadi jemputan yang anda perlukan.

Jadi, dia tidak akan menemani anda untuk kaunseling pasangan. Apa yang nak dilakukan??

Pergi sendiri.

Perubahan yang kita inginkan di dunia kita, selalu bermula dengan diri kita sendiri.

Baiklah, jangan salah faham dengan apa yang saya katakan, saya benar-benar faham. Kita selalu mengatakan bahawa sekiranya pasangan kita melakukan sesuatu yang kita mahukan, kita kaan gembira dan semuanya akan menjadi baik-baik saja. Dan masalah juga akan selesai.

Setiap hubungan mempunyai sebuah tarian. Anda melakukan ini dan dia melakukannya. Si dia melakukan itu dan anda melakukan ini. Itu akan menjadi corak yang berulang yang telah anda jalankan dan ulangi, akhirnya ia tidak menyelesaikan apa-apa.

Anda berdua sering mencuba untuk meyakinkan antara satu sama lain tentang mengapa anda betul. Itulah keadaan yang hilang.
Apabila kedua-dua anda dapat menyedari bahawa ini tidak semestinya keadaan yang salah, kedua-duanya mempunyai mata yang sah, anda mungkin mencari jalan untuk mencapai situasi dimana kedua-dua anda mendapat manfaat yang baik.

Jika salah seorang dalam pasangan mengubah langkah mereka, melanggar pola lama, jadi pasangan yang satu lagi mempunyai tiga pilihan:

1. Lakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk kembali ke langkah-langkah tarian yang anda kenali. Jangan biarkan mereka mempengaruhi anda. Jika tidak, tinggallah dua pilihan yang berikut:

2. Meninggalkan segala-galanya.

3. Pilihan mereka yang lain ialah menukar tarian mereka untuk menyamakan langkah dengan anda.

Saya faham, wahai hati. Ia sukar dan berisiko. Sesungguhnya saya faham, kerana saya juga pernah melaluinya. Kalaulah pasangan saya bertindak seperti yang saya mahukan dan membantu saya seperti yang saya fikir dia patut, maka kehidupan akan menjadi sempurna. Kita boleh lupakan segala perihal tarian ini.

Dengan kata lain, jika dia membentuk dirinya untuk memenuhi keperluan saya, saya tidak perlu diganggu atau dijangka untuk menjaga keperluan saya sendiri.

Ah, bukankah itu bagus ?!

Mungkin, tidak mustahil, tetapi tidak realistik.

Jadi, akhirnya saya pergi mendapatkan terapi. Bersendirian.

Keputusan terbaik yang saya pernah buat. (Selain berkahwin dengan suami saya)

Ia adalah kerja keras. Mengejamkan pada masa-masa tertentu. Saya terpaksa melalui semula pengalaman zaman kanak-kanak untuk akhirnya memahami bahawa selama ini saya telah menjangkakan suami saya untuk memenuhi keperluan yang ibu bapa saya tidak dapat penuhi.

Saya terlalu meminta. Saya mahu dia berminat dengan saya sepanjang masa. Hentikan apa yang dia lakukan apabila saya memerlukan dia. Saya sentiasa marah. Saya sentiasa menjangkakan dia untuk tahu apa yang saya perlukan tanpa memberitahu keperluan saya kepadanya. Saya mahu dia mencuba dan bersimpati dengan perjuangan saya.

Saya tidak mahukan seorang suami. Saya mahukan ibu bapa.

Pada satu ketika dalam terapi saya, saya berkata, “Jika saya tahu apa yang saya tahu sekarang, saya tidak akan pernah berkahwin dengan suami saya.”
Saya telah berkata, “Terima kasih Tuhan, saya tidak tahu!”

Luka-luka lama mulai sembuh. Ahli terapi saya menjadi ibu bapa pengganti yang meletakkan cermin baru di hadapan saya. Beliau menunjukkan kekuatan saya, keupayaan saya, hati saya. Saya mula sedar bahawa saya mampu dan kuat.

Suasana saya stabil. Kemurungan ditarik. Kegelisahan reda.

Saya belajar untuk mendengari diri saya sendiri seperti ahli terapi saya telah mendengari saya. Saya belajar untuk mempunyai belas kasihan untuk diri saya sendiri seperti cara ahli terapi saya lakukan. Saya belajar mencintai diri sendiri seperti yang dilakukan oleh ahli terapi saya. Itulah cermin yang saya perlukan-yang menunjukkan nilai saya, sama dengan orang lain.

Setelah berbuat demikian, tanpa menyedari ia berlaku, saya berhenti melihat suami saya sebagai pengganti ibu bapa saya. Saya tidak memerlukannya. Saya kini melakukannya untuk diri saya sendiri. Saya mula melihat dengan lebih jelas, menyedari betapa hebat dan tegasnya beliau.

Ketika saya berhenti meminta-minta, dan menerima dia seadanya, dia sentiasa ada untuk saya. Hubungan kami bertambah baik. Sangat hebat.

Ketika langkah saya berubah, dia juga telah berubah sendiri dan kami mendapati tarian kami menjadi lebih sihat.

Walaubagaimanapun, saya tidak akan memberitahu anda bahawa hasil anda akan sama seperti saya. Ia mungkin tidak. Anda boleh menjadi cukup sihat untuk menyedari bahawa anda tidak mahu hubungan itu lagi dan anda akan dapat mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan.

Si dia boleh pergi. Kemudian anda mungkin perlu berduka dan menerima bahawa hubungan anda tidak pernah serasi. Sekiranya ia tidak berfungsi seperti ini, maka mungkin anda kurang daripada yang anda fikirkan dan ketakutan semakin meningkat.

Menghadapi ketakutan anda, dan mengamati rasa tidak puas diri anda, keyakinan yang menyimpang, dan ketidakselesaan memberi peluang untuk bebas dari pergantungan emosi kepada orang lain.

Dan itu satu perkara yang baik.

Itulah perkara yang sangat baik.

Jangan tunggu orang lain untuk mula dahulu sebelum anda mahu lakukan apa yang terbaik untuk anda. Sayangi diri sendiri dan selebihnya akan berlaku juga.