10 tanda bahawa anda sudah bersedia untuk sebuah perkahwinan

perkahwinan teman hidup

Perkahwinan. Satu topik yang agak berat untuk dibicarakan tetapi semua orang akan memikirkannya satu hari nanti. Dan kini kawan kawan anda sudah mempunyai pasangan, dan anda berasa sudah tiba masanya untuk berumah tangga dan sebuah perkahwinan. Perasaan itu hanyalah tekanan daripada rakan sebaya atau anda benar-benar mahu berkahwin dengan pasangan anda? Terdapat beberapa petanda bahawa anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

1. Anda tahu mengapa anda ingin berkahwin.
Terdapat beberapa gambar pakaian pengantin yang sering terpapar di laman utama Facebook anda – adakah ianya seperti mana yang anda mahu? Adakah anda mahu berkata bahawa anda sudah berkahwin atau anda benar-benar ingin berkahwin dengan pasangan anda? Tanya diri anda kembali, mengapa anda ingin berkahwin? Apakah faedah yang akan anda perolehi jika anda berkawin bersama pasangan anda, berbanding meneruskan hubungan anda dengan si dia tanpa ikatan perkahwinan? Tanyalah diri anda dengan soalan soalan yang sukar dijawab dan pastikan anda bersedia untuk berkahwin.

2. Anda sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bukan untuk sebuah majlis perkahwinan.
Majlis perkahwinan adalah majlis yang menyeronokkan, peluang untuk berjumpa dengan semua kawan-kawan dan ahli keluarga di satu tempat. Tapi adakah hanya ini yang anda mahukan untuk berkahwin? Adakah anda hanya mahu sebuah majlis yang gilang-gemilang dan mendapat perhatian semua orang? Majlis perkahwinan hanya kekal untuk beberapa jam sahaja tapi rumah tangga kekal hingga ke akhirnya. Jangan merancang untuk jangka masa yang pendek namun rancanglah untuk jangka masa yang panjang. Fikirlah mengenai hari-hari anda yang mendatang bersama dengan si dia apabila anda berada di luar perhatian orang lain.

3. Anda mempunyai kehidupan anda sendiri.
Ya benar – sesetengah pasangan yang percintaannya bermula dari sekolah menengah boleh membawa ke jinjang pelamin. Namun ianya bukanlah perkara yang sering terjadi. Sebuah kajian mendapati bahawa ianya lebih baik jika anda menunggu sehingga umur 25 tahun atau lebih untuk mendirikan rumah tangga. Anda akan menjadi lebih matang kerana anda telah hidup lebih lama dan mempunyai lebih banyak pengalaman. Ianya tidak bermaksud bahawa anda harus menjalinkan hubungan dengan setiap orang yang hadir dalam hidup anda tetapi anda akan mendapat peluang untuk mengenali mereka dan menyedari tentang ape yang anda mahu dan tidak dalam hidup anda. Ini akan sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih pasangan yang terbaik untuk menjadi isteri anda.

4. Hubungan anda adalah sebuah hubungan yang matang.
Di awal perhubungan, anda dan pasangan anda bercinta, keluar bersama dan malas untuk membuat kerja-kerja rumah. Namun apabila anda menginjak ke alam perkahwinan, anda harus menjalinkan hubungan yang matang. Lebih matang daripada segala kegembiraan sepanjang masa, keluar malam setiap hari, bebas seperti dahulu. Anda perlu mampu berhadapan dengan pelbagai perkara yang sukar untuk diselesaikan.

rancang perkahwinan

5. Anda kenal dan percaya pada si dia.
Tidak kira seberapa lama pun anda berdua telah menjalinkan hubungan, anda perlulah mengenali pasangan anda sebenar-benarnya. Janganlah berkahwin hanya kerana anda telah lama menjalinkan hubungan. Tetapi berkahwinlah kerana anda benar-benar mengenali pasangan anda. Anda tahu mengenai masa silamnya, harapan dan impiannya. Anda pasti dapat membayangkan reaksi mereka mengenai beberapa perkara. Anda sudah mengetahui semua ini and anda masih menyayanginya. Malah lebih daripada itu, mempercayai mereka. Kepercayaan adalah kunci kepada setiap perkahwinan, jadi pastikan anda mampu mempercayai pasangan anda sepenuhnya.

6. Anda tidak mahu untuk mengubah pasangan anda
Jangan berkahwin dengan seseorang yang sama seperti mana yang anda mahukan dan fikir mereka akan berubah. Sebaliknya berkahwinlah dengan si dia kerana anda menyayanginya seadanya dia. Memberikan komitmen tidak merubah seseorang, namun ianya akan mendatangkan kesukaran di dalam perhubungan. Jangan berharap sesebuah perkahwinan itu akan merubah hubungan anda mahupun untuk menyembuhkan salah faham antara anda dengan si dia.

Kepercayaan adalah kunci kepada setiap perkahwinan, jadi pastikan anda mampu mempercayai pasangan anda sepenuhnya.

7. Selesaikan masalah bersama.
Jangan hanya mengeluh dengan masalah yang anda hadapi dan berfikir untuk melupakan masalah itu adalah lebih baik. Berusaha untuk menyelesaikannya agar ianya tidak menjadi lebih teruk pada masa akan datang. Selesaikan masalah yang dihadapi terlebih dahulu! Jika anda tidak mampu untuk menyelesaikannya, anda dan pasangan anda tidak akan dapat berkomunikasi dengan baik. Menyelesaikan dan bertaggungjawab terhadap masalah yang dihadapi akan melahirkan sebuah asas yang kukuh untuk sebuah perkahwinan yang bahagia.

8. Anda merancang untuk jangka masa panjang bersama.
Kepada yang baru sahaja menjalinkan hubungan, ianya tidak mengapa untuk percaya kepada naluri dan gerak hati anda, anda mampu merubah sesebuah perkara ‘last minute’, dan tidak mempunyai apa apa perancangan terhadap temu janji yang akan datang. Apabila anda serius dan memiih untuk komited terhadap satu sama lain, anda perlu merancang bersama-sama. Jika pasangan anda mahu bercuti ke luar negara? Adakah anda OK jika tinggal di rumah bersendirian atau mahu mengikutinya ke luar negara? Anda perlu tahu apa yang anda mahu, dan pastikan anda OK mengenai semua perkara yang anda dan si dia telah rancang bersama.

9. Ibu bapa dan kawan kawan adalah seperti pasangan anda.
Apabila anda baru sahaja bercinta, anda mungkin berasa bahawa perkara lain tidak penting. Sebaik sahaja anda komited, anda akan berasa bahawa semua perkara adala penting. Sebenarnya, anda tidak peduli sekiranya bapa anda tidak menyukai si dia. Apa yang akan berlaku sekiranya ada mencintainya? Namun, perkara ini pasti sedikit sebanyak akan menimbulkan masaah di dalam hidup dan hubungan anda pada masa yang akan datang. Sekiranya keluarga anda dan kawan-kawan tidak menyukai si dia, di mana sokongan yang boleh anda perolehi? Adakah anda akan berasa terasing daripada kawan-kawan atau tidak dijemput ke mana-mana majlis keluarga? Anda juga perlu ingat bahawa keluarga dan kawan-kawan anda betul-betul mengenali anda, dan mereka pasti akan dapat mengenal pasti masalah yang timbul di dalam perhubungan anda, dan mungkin mereka sedia mendengarnya.

10. Anda tidak boleh membayangkan hidup anda tanpa pasangan anda.
Secara keseluruhannya, anda menyayangi pasangan anda. Anda tidak dapat melihat diri anda bersama dengan orang lain. Anda tidak mampu melihat anda dengan orang lain. Jika anda tahu anda tidak mampu bahagia bersama dengan orang lain dan sudah pastinya anda tidak mampu bahagia bersama orang lain. Apa kata anda melupakannya dan menghargai setiap masa dan saat yang anda kecapi dalam percintaan dan perkahwinan anda.

Tanda Anda Dilamun Cinta Berahi

Cinta online cari jodoh

Mengetahui anda sedang dilamun cinta adalah berbeza untuk setiap individu. Ada yang sering dilamun cinta dan boleh mengenalpasti perasaan itu dengan mudah, dan ada yang mungkin tidak begitu pasti sama ada ia adalah cinta atau hanya perasaan suka yang mendalam.

Nasib baik, badan anda ada cara licik untuk memaklumkan sama ada perasaan kepada pasangan anda lebih dari sekadar sebuah fasa. Berwaspada dengan tanda-tanda ini apabila anda tertanya-tanya sama ada anda benar-benar sedang dilamun cinta.

Anda tidak boleh berhenti merenung mereka.
Jika pasangan anda pernah ternampak anda merenung mereka dengan penuh kasih sayang, ia boleh menjadi sebuah tanda bahawa anda sudah jatuh; jatuh cinta. Renungan mata bermaksud anda sedang fokus pada sesuatu, jadi jika anda mendapati mata anda tertumpu pada pasangan anda, mungkin anda sedang dilamun cinta.
Kajian juga mendapati bahawa pasangan yang sentiasa bertentangan mata menyatakan bahawa mereka merasakan hubungan romantik yang lebih kuat berbanding mereka yang tidak bertentangan mata.

Anda rasa seperti anda berada di awang-awangan.
Ia benar-benar normal untuk rasa sedikit tidak waras apabila dilamun cinta dengan seseorang.
Sebuah kajian daripada Institut Kinsley menemui bahawa otak seseorang yang sedang dilamun cinta kelihatan sama seperti otak seseorang yang telah mengambil dadah kokain. Anda boleh berterima kasih kepada hormon dopamine, yang telah dilepaskan dalam kedua-dua situasi, untuk menghasilkan perasaan itu.
Ia adalah penjelasan yang bagus untuk menjelaskan mengapa seseorang individu boleh bertindak agak tidak masuk akal.

Anda sentiasa berfikir tentang mereka.
Jika anda mencintai seseorang, anda mungkin rasa seperti anda tidak boleh berhenti dari berfikir tentang mereka. Itu adalah kerana otak anda mengeluarkan hormon phenylethylamine, yang juga dikenali sebagai “dadah cinta” apabila anda jatuh cinta dengan seseorang. Hormon ini menghasilkan perasaan suka pada pasangan anda.
Anda mungkin biasa dengan perasaan ini kerana phenylethylamine yang juga ditemui dalam coklat, yang menjelaskan mengapa anda tidak boleh berhenti memakannya selepas gigitan pertama.

Anda mahu mereka gembira.
Cinta ialah sebuah perkongsian yang sama rata, tapi anda akan menemui bahawa kegembiraan sesorang adalah amat penting kepada anda apabila anda jatuh cinta pada mereka.
Menurut sebuah kajian, “Cinta kasih sayang” boleh menjadi salah satu petanda biasa dalam sebuah hubungan yang sihat. Ini bermakna bahawa anda rela untuk melakukan apa saja untuk menjadikan hidup pasangan anda lebih mudah dan lebih gembira.
Jika anda temui diri anda berusaha untuk memastikan pasangan anda tidak basah sewaktu anda sedang berjalan bersama dalam cuaca hujan atau berusaha menyediakan sarapan untuknya pada pagi hari yang sibuk, ia adalah satu petanda yang anda benar-benar telah jatuh cinta.

Kebelakangan ini anda tertekan.
Walaupun cinta kebiasaannya dikaitkan dengan perasaan yang hangat, ia juga boleh menjadi sumber kepada tekanan. Bercinta sentiasa menyebabkan otak anda mengeluarkan hormon tekanan korticol, yang boleh menyebabkan anda merasa hangat.

Anda tidak merasakan rasa sakit dengan sepenuhnya.
Jatuh cinta pada seseorang mungkin menyakitkan, tetapi jika anda perasan bahawa tindakan jatuh secara harfiah itu tidak mengganggu anda, ia mungkin tanda anda sedang dilamun cinta.
Sebuah kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Universiti Stanford telah mengarahkan para peserta merenung gambar seseorang yang mereka cintai dan hasilnya ialah tindakan itu sahaja boleh mengurangkan rasa sakit yang minima sebanyak 40% dan mengurangkan rasa sakit yang parah sebanyak 15%.
Jadi, kalau anda berhasrat untuk pergi mendapatkan tatu, anda mungkin mahu simpan gambar kesayangan anda di dalam poket anda. Hanya sebagai langkah berjaga.

Anda mencuba perkara baru.
Semua orang mahu mengagumkan pasangan mereka sewaktu temujanji, tetapi jika anda menemui diri anda mencuba perkara-perkara baru yang pasangan anda sukai secara konsisten, anda mungkin telah digigit oleh serangga cinta.
Bukan itu saja, sebuah kajian telah menemui bahawa mereka yang berpengalaman dengan perasaan dilamun cinta, ia diakui bahawa mereka sering mempunyai minat dan ciri-ciri personaliti yang pelbagai selepas menjalani hubungan mereka. Jadi sekalipun jika anda bencikan kelas tarian yang anda pergi bersama pasangan anda, ia mungkin akan memberikan kesan positif pada personaliti anda.

Kadar jantung anda selari dengan mereka.
Jantung anda mungkin berdegup lebih pantas apabila anda sedang berfikir tentang kesayangan anda, tetapi sebuah kajian menunjukkan bahawa jantung anda mungkin berdegup secara selari bersama pasangan anda. Kajian yang telah dijalankan oleh Universiti California, Davis, mencadangkan bahawa jantung para pasangan mula berdegup pada kadar yang sama apabila mereka jatuh cinta.
Walaupun anda mungkin tidak tahu apabila perkara ini berlaku terutamanya tanpa penggunaan stetoskop, merasai sebuah hubungan yang mendalam dengan pasangan anda ialah tanda yang sebagus tanda lain yang menunjukkan anda sedang dilamun cinta.

Anda boleh menerima segala perkara-perkara yang menggelikan.
Jika anda amat dikenali sebagai seorang yang fobia dengan kuman dan masih tenang saja bercumbuan dengan pasangan anda selepas menyaksikan mereka mengorek hidung, anda mungkin dilamun cinta. Sebenarnya, sebuah kajian dilakukan di Groningen Universiti di Netherlands telah menemui bahawa perasaan berahi seksual boleh mengatasi perasaan jijik.
Jadi itu bermakna jika anda benar-benar tertarik pada pasangan anda, anda mungkin akan biarkan saja mereka melakukannya berulang kali. Itulah cinta, sayang.

Anda mudah berpeluh.
Jika anda rasa loya dan sentiasa berpeluh, anda sama ada keracunan makanan atau sedang dilamun cinta. Kajian mengatakan bahawa jatuh cinta boleh menyebabkan anda rasa tidak sihat dan menunjukkan simptom-simptom fizikal yang menyerupai rasa cemas atau tertekan, seperti berpeluh.
Walaupun perasaan ini akan berlalu pergi apabila anda semakin selesa dengan pasangan anda, ia mungkin sebuah idea yang bagus untuk bawa sehelai sapu tangan bersama anda.

Anda sukakan ciri-ciri unik mereka.
Kalau anda benar-benar mengenali seseorang, terdapat kemungkinan dimana anda akan dapat melihat perkara-perkara kecil tentang mereka yang menjadikan mereka diri mereka yang sebenar. Dan jika anda bercinta dengan mereka, ini ialah mungkin beberapa perkara yang membuatkan anda benar-benar tertarik pada mereka.

Di laman cari jodoh TemanHidupku sendiri, kami mengalu-alukan para pengguna untuk berkongsi ciri-ciri menarik tentang diri mereka. Bahkan mereka juga boleh muatnaik gambar-gambar aktiviti mereka bagi memperlihatkan karakter mereka di mata para pelawat laman profile mereka.

Kajian menemui bahawa, lebih dari ciri-ciri fizikal seseorang individu, ciri-ciri unik ini boleh membuatkan seseorang jatuh cinta dengan lebih mendalam kerana setiap orang mempunyai pilihan yang unik. Jadi walaupun anda mungkin telah menilai pasangan anda dengan agak kasar pada pandangan pertama, jika tiba-tiba anda berasa kagum dengan keunikan mereka, anda mungkin sedang dilamun cinta.

Mengenal Calon Teman Hidup Sombong

Calon Cari Jodoh Sombong

Bagaimana anda boleh ketahui calon teman hidup anda ini adalah seorang manusia yang sombong?

teman hidup sombong

Terjebak dengan seseorang yang sombong adalah perkara yang tidak diingini oleh semua orang. Pada awalnya, ianya mungkin tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri anda, namun lambat laun ia akan memberikan impak yang negatif pada diri anda pada masa akan datang.

Lelaki dan perempuan yang sombong ni berpotensi ke arah perkahwinan yang semata-mata hanya untuk nama dan darjat. Mereka juga mungkin terasing dalam kalangan orang yang tidak mengambil kira nama dan darjat seseorang, percintaan tanpa cinta yang ikhlas, mereka juga bukanlah orang yang mengharapkan perhatian daripada anda. Anda hanya perlu memenuhi hak keperluan meraka hanya untuk mendapatkan perasaan kagum yang ‘fake’ daripada mereka. Terdapat beberapa petanda bahawa mereka adalah seseorang yang sombong pada temu janji yang pertama.

(1) Bersikap biadap terhadap kakitangan perkhidmatan.
Walau di mana jua anda pergi, anda mesti berhadapan dengan kakitangan perkhidmatan yang bertugas. Sebagai seorang yang sombong dan kaya, mereka pasti akan menunjukkan kekayaan mereka di hadapan kakitangan perkhidmatan dengan berfikiran yang mereka memiliki darjat yang lebih tinggi daripada mereka dengan cara menengking untuk mendapatkan perhatian kakitangan perkhidmatan.
Mereka akan mengamuk jika perkara itu tidak sesuai dengan setiap perkara kecil atau jika pertanyaan mereka tidak dilayan. Mereka berasa bahawa mereka lagi penting daripada orang yang menyediakan makan malam. Mereka juga akan beranggapan bahawa pelayan-pelayan berlaku biadap terhadap mereka walaupun terdapat ramai orang lain yang harus dilayan di restoran itu. Walaupun pelayan-pelayan itu memberikan senyuman, pasti akan dibalas dengan muka yang bengis daripada seseorang yang sombong. Ini jelas menunjukkan si dia mempunyai masalah hati!

(2) Berbangga dengan kejayaan.
Bersekolah di sekolah yang mempunyai reputasi tinggi tidak secara automatik menjadikan seseorang itu sombong tetapi ianya adalah bagaimana sikap mereka pada temu janji yang pertama. Jika pasangan anda mempunyai DNA ini dan bersekolah di sekolah bereputasi tinggi, ianya boleh mendatangkan sifat sombong dan angkuh sepanjang hidup di dalam diri seseorang tu. Mereka ini ialah orang-orang yang menganggap pendidikan dan reputasi sekolah mereka menentukan darjat mereka.
Perkara ini juga berlaku pada seorang atlet yang menjadi ayam tambatan di dalam sesebuah pasukan. Perasaan bangga terhadap diri sendiri ini akan sering diperkatakan apabila mereka berkomunikasi dengan orang lain. Mereka jugak mungkin akan berkata mengenai di mana mereka tinggal, sebesar mana rumah mereka dan berapa harganya.

(3) Anda akan berasa mustahil untuk menang.
Ianya adalah mustahil untuk berkomunikasi atau berkongsi pendapat dengan seseorang yang sombong. Mereka akan terus dan terus bercakap untuk mendapatkan perhatian. Seminit yang anda berikan kepada mereka untuk bercakap mengenai sesuatu akan mereka gunakan untuk tidak mengendahkannya seolah-seolah apa yang anda fikirkan tidak penting. Anda mungkin mencuba untuk berkomunikasi dengan mereka untuk menjadikan temu janji itu sesuatu yang bermakna namun ianya tidak akan berlaku pada mereka.

(4) Jika ‘si dia’ memberikan perhatian kepada anda, ianya akan mejadi temu duga.
Jangkakan anda akan ditemuduga di dalam setiap aspek kehidupan anda. Pertama sekali mereka mahu mengambil tahu setiap perkara yang bernilai tinggi dalam hidup anda. Kemudian mereka mahu tahu di mana anda bekerja dan di mana alamat tempat kerja anda yang ‘bereputasi tinggi’. Mereka juga ingin tahu tentang latar belakang pendidikan anda. Untuk mendapatkan persetujuan si dia, maka sudah pastinya anda akan menjawab universiti yang bereputasi tinggi. Anda pasti dapat menjawab soalan soalan karut yang diajukan namun ianya menunjukkan bahawa mereka tidak memberikan perhatian kepada diri anda yang sebenar.

(5) Mereka akan menunjuk-nunjuk mengenai berapa banyak wang yang mereka miliki.
Jika ‘si dia’ yang sombng itu seorang perempuan maka sudah pastinya mereka akan memberitahu anda bahawa mereka hanya memakai barangan yang berjenama yang sukar untuk dimiliki. Si dia juga pasti mengatakan bahawa mereka merupakan pelanggan tetap jenama itu. Perkara yang sama akan kekal berlaku dengan mengatakan bahawa mereka membeli barangan dapur di pasaraya yang berkelas tinggi. Mengatakan bahawa si dia tinggal di pangsapuri dan tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan yang berkos rendah.

Jika si dia seorang lelaki, maka si dia juga tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan yang berkos rendah. Si dia juga akan bercakap mengenai kelab peribadi yang disertai olehnya. Dia juga pasti akan bercerita mengenai tempat tinggal, pejabat, rekaan dalaman rumahnya yang dibuat khas di atas sekeping kertas. Tidak mustahil juga si dia dengan bangganya akan menggulung lengan bajunya untuk menunjukkan jam yang dipakainya.

Bagi kami sangat berbaloi sekiranya anda dapat membaca tips bagaimana untuk mengetahui bakal pasangan anda punya keserasian dengan diri anda, sebelum anda menjalinkan hubungan dengan si dia lebih lanjut lagi. Pasti anda takkan menyesal di kemudian hari.